Tajuk Program : Program Komuniti Bersama Pertubuhan JPPM Negeri Sembilan siri 1/2023.
Tarikh : 27 Jun 2023
Tempat : Dewan Perdana KRS, Seremban, Negeri Sembilan
LATAR BELAKANG
Program Komuniti Bersama Pertubuhan JPPM N. Sembilan siri 1/2023 adalah sebagai satu platform kolaborasi antara JPPM Negeri Sembilan bersama PDRM dalam mempertingkat libat urus bagi mewujudkan situasi menang- menang. Salah satu bentuk program untuk mendedahkan pengetahuan berkaitan keselamatan komuniti kepada pertubuhan-pertubuhan berdaftar di bawah JPPM Negeri Sembilan.
OBJEKTIF
i. Memberi pendedahan, mendidik serta membudayakan masyarakat tentang tanggungjawab bersama dalam mencegah jenayah.
ii. Meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan dengan mempromosikan program-program keselamatan di kawasan mereka.